Tidak Mahukah Pemimpin Lebih BEST?
Jika perlu dipilih antara gandingan Zahid Hamidi yang ada prima facie bersama Anwar Ibrahim dan agenda 'reforbasi'nya.
Dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang membawa agenda politik Islam serta Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membawa agenda prihatin rakyat, mana satu pilihan anda?
Rasanya sudah jelas bukan?
Ada yang kata, PRN kali ini sekadar memilih pemimpin peringkat negeri. Tidak ada kaitan dan tidak akan bawa kesan kepada peringkat Persekutuan.
Jawapannya salah sama sekali. Keputusan PRN kali ini, jika membawa isyarat jelas penolakan rakyat terhadap regim Zahid-Anwar akan mengubah sekali landskap politik nasional kita.
Kekalahan teruk kerajaan luar tabii membawa maksud formula Madani yang cuba memaksa gabungan UMNO+DAP adalah gagal sama sekali dan ditolak akar umbi.
Andai UMNO masih ingin hidup, Presiden UMNO akan dipaksa meletakkan jawatan dan proses rejuvenasi UMNO akan bermula.
Jika proses ini bermula, maka tidak mustahil boleh berlaku perubahan sokongan secara ‘en-bloc’ dari UMNO kepada Perikatan Nasional.
Anwar pula akan terpaksa memikirkan semula apakah pendekatan politik beliau yang penuh retorik sebelum ini boleh diteruskan.
TGHH dan TSMY pula membawa visi politik yang tidak sama dengan 'mainstream' politik.
Cuba lihat kembali sewaktu pandemik Covid-19, tiada politiking dan serangan dibuat kepada Anwar. Apabila ditekan untuk letak jawatan PM, jawatan itu diberikan pula kepada UMNO untuk elak ketidakstabilan politik dalam tempoh pandemik masih mengganas.
TGHH mewakili PAS pula tidak ketagih dan gila jawatan. Boleh sahaja meminta jawatan TPM atau Menteri Kanan tetapi itu tidak dibuat kerana menghormati suasana politik ketika itu.
Sepanjang tempoh pandemik, bermacam usaha dibuat kerajaan untuk pastikan Malaysia terus bernyawa. Pakej rangsangan ekonomi hampir 600 billion disusun semata-mata ini.
Sehinggakan dicipta dakwaan salahgunakuasa semata-mata merosakkan imej baik pemimpin ini.
Maka cuba tanya balik diri anda semua, apakah masih ingin membiarkan Zahid-Anwar terus mengganas dengan formula 'Madani' yang penuh penipuan?
Atau memilih pemimpin yang terbukti Prihatin, Bersih dan Stabil seperti TGHH-TSMY?
Selamat memilih, pilih yang BEST!
コメント