top of page
Search
Writer's pictureAdmin

PRK Kuala Terengganu: Datuk Amzad Pertahan Kemenangan Selesa.


KUALA TERENGGANU: Datuk Ahmad Amzad Hashim berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.


Ahmad Amzad yang memperoleh 68,369 undi menang dengan majoriti 47,266 undi mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH), Azan Ismail yang mendapat 21,103 undi.


Ahmad Amzad memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu dengan majoriti 40,907 undi selepas memperoleh 63,016 undi manakala calon BN, Datuk Mohd Zuber Embong (22,109 undi), Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PH – 10,946) dan calon Pejuang, Mohamad Abu Bakar (Pejuang – 481).


Pada PRU14, beliau memenangi kerusi parlimen itu dengan majoriti 14,773 undi apabila mendapat 42,988 undi manakala calon BN, Wan Nawawi Wan Ismail dan PKR, Raja Bahrin masing-masing memungut 28,215 dan 15,380 undi.


Sumber: Harakahdaily

273 views2 comments

2 Comments


Azizan Jefn
Azizan Jefn
Aug 14, 2023

Allhammdulillahh🤲🤲🤲🤲🤲. TAKBIRR..... ALLAHHUAKBAR..... ALLAHHUAKBAR..... ALLAHHUAKBAR.....

Like

mohdazuanabubakar53
Aug 13, 2023

Subhanallah

Alhamdulillah

ALLAH HU AKHBAR

Allah humma solli alaa Sayyiddina Muhammad

Wa alaa Ali Sayyaiddina Muhammad

Like
bottom of page