MHI
POLITIK SARAF DAN PROVOKASI TANDA MEREKA TERDESAK!

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
POLITIK SARAF DAN PROVOKASI TANDA MEREKA TERDESAK!
11 OGOS 2023 | 24 MUHARAM 1445 H
1. Pemuda PAS menafikan dan mengecam sekeras-kerasnya kewujudan kain rentang dan gegantung yang cuba memburukkan PAS dan Perikatan Nasional, dengan mesej bahawa pangkah Perikatan Nasional adalah sama dengan pangkah PAS, dan akan masuk syurga.
2. PAS dan Perikatan Nasional tidak pernah mengeluarkan bahan-bahan tersebut. Ini merupakan satu tindakan dan tuduhan yang jahat oleh pihak lain terhadap PAS-PN.
3. Keadaan semasa yang menampakkan gelombang rakyat memilih PAS-PN menyebabkan mereka terdesak membuat fitnah sebegini dahsyatnya, menampakkan seolah-olah PAS-PN adalah 'penunggang agama'.
4. Pemuda PAS tidak berkompromi dengan tindakan-tindakan jahat seperti ini. Oleh itu, Pemuda PAS telah membuat laporan polis dan memohon tindakan sewajarnya diambil ke atas golongan pemfitnah ini. Pemuda PAS turut mengarahkan kepada kesemua jentera-jentera agar gegantung dan kain rentang tersebut dicabut dengan segera, sekiranya ditemui.
5. Sesungguhnya PRN bukanlah 'pentas' untuk memfitnah dan menjatuhkan pihak lawan dengan kaedah murah seperti ini. Pemuda PAS menasihati semua pihak agar lebih mengamalkan budaya politik yang matang dan sejahtera, bukannya bersifat keanak-anakan seperti ini.
Nazir Helmi,
Ketua Penerangan
Pemuda PAS Malaysia