top of page
Search
Writer's pictureAdmin

6 KEGAGALAN MANIFESTO PAKATAN HARAPAN


6 KEGAGALAN MANIFESTO PAKATAN HARAPAN


1. MEMANSUHKAN AKTA ZALIM


Dalam manifesto PRU-15, PH janji akan memansuhkan peruntukan akta-akta zalim yang menyekat kebebasan bersuara termasuk Akta Hasutan 1948.


Tetapi hari ini, rakyat terutama pengguna media sosial dipantau macam penjenayah dan diugut dengan 'radio car'.


Paling tidak boleh diterima akal, Akta Hasutan yang mereka tolak dulu kini digunakan untuk menangkap MB Kedah pada jam 3 pagi.


2. PENGAMPUNAN HUTANG PTPTN


PH janji untuk wujudkan Program Pemansuhan Hutang PTPTN bersasar kepada isi rumah B40.


Selepas menjadi kerajaan, langsung tiada langkah diambil. Apabila ditanya dalam Dewan Rakyat, Rafizi Ramli kata,


“Tidak ada manifesto itu atau janji itu dalam Manifesto Pakatan Harapan baru-baru ini.”


3. MENGEKANG PENINGKATAN NCD


PH janji akan fokus tangani penyakit tidak berjangkit (NCD) termasuk pengurangan tabiat merokok.


Selepas menjadi kerajaan, PH bukan sahaja tidak ada usaha bahkan mengambil langkah terkebelakang.


RUU GEG ditangguhkan. Nikotin pula dikeluarkan daripada Akta Racun.


Satu keputusan yang menimbulkan kerisauan kepada komuniti kesihatan dan ibu bapa.


4. PERUNTUKAN KAWASAN SAMA RATA


PH menjanjikan untuk bagi peruntukan sama rata kepada semua ahli parlimen tak kira parti.


Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah ahli parlimen pembangkang langsung tidak mendapat sebarang peruntukan daripada kerajaan dan diletakkan pula pelbagai syarat. Satu kezaliman untuk rakyat.


5. MENGHAPUSKAN KUTIPAN TOL


Tidak perlu dihurai panjang kerana rakyat sendiri lalu dan bayar tol setiap hari. Tiada kutipan tol yang dihapuskan.


6. AKTA PENDANAAN POLITIK


Anwar Ibrahim kata, kerajaan perlu masa sebelum bentang akta ini untuk melakukan libat urus dengan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan.


Alasan yang tidak boleh diterima kerana libat urus telah pun dibuat dengan semua parti sebelum ini. Dan akta ini sebenarnya adalah antara RUU yang paling mudah untuk dibawa ke Dewan Rakyat kerana draf dan kajian mengenainya telah sedia ada.


Demikianlah agenda reformasi yang dilupakan.


Menipu dan menabur janji manis memang menjadi kemahiran Pakatan Harapan sehingga rakyat hilang kepercayaan.


Kali ini rakyat tidak akan tertipu dan akan hukum mereka pada 12 Ogos 2023 dengan memberi undi kepada Perikatan Nasional.


Sekian.


ZURK AHMAD

Timbalan Pengarah Komunikasi dan Penerangan,

Jabatan Pilihanraya Perikatan Nasional


8 Ogos 2023


323 views0 comments

Comments


bottom of page