MHI
INFOGRAFIK "Model Baharu Ekonomi Malaysia" oleh YB Syahir Sulaiman

KUALA LUMPUR, 9 Ogos 2023 - Debat di antara Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Bachok, YB Syahir Sulaiman bertajuk 'Model Baharu Ekonomi Malaysia' telah ditonton oleh rakyat Malaysia di serata negara. Berikut merupakan antara intipati pembentangan oleh YB Syahir Sulaiman sebagai solusi ekonomi buat negara.

Model Baharu Ekonomi Malaysia mestilah menjawab 4 persoalan utama di atas; 1. Apakah Matlamatnya? 2. Apakah Terasnya?
3. Apakah Platformnya? 4. Apakah Hasilnya?

Sementara itu, kita juga perlu berterima kasih kepada 'Our Founding Fathers' dalam membangunkan ekonomi negara semenjak kemerdekaan tanah air ini.

YB Syahir Sulaiman mengatakan, "Jika Tun Razak meletakkan ‘National Unity’ sebagai matlamat DEB, saya meletakkan ‘National Stability’ sebagai matlamat model baharu ini."
Matlamat untuk mencapai Kestabilan Nasional terdiri daripada 4 Teras Utama:
Keadilan Ekonomi (Economic Fairness)
Kitaran Ekonomi (Economic Cycle)
Kesederhanaan Ekonomi (Economic Moderation)
Integriti Ekonomi (Economic Integrity)

Persoalannya, apakah kiblat ekonomi madani? Pemerhatian YB Syahir Sulaiman menyatakan bahawa Ekonomi Madani tiada halatuju, tiada identiti dan tiada patriotik.

Kesimpulannya, inilah Model Baharu Ekonomi Malaysia yang lebih melengkapi segenap aspek untuk menyelesaikan kemelut ekonomi yang melanda negara kita sekarang.
Untuk mudah difahami, Model Ekonomi ini digambarkan seperti sebuah rumah yang kukuh dan stabil. Bumbung: KESTABILAN NASIONAL
Tiang 1: KEADILAN EKONOMI
Tiang 2: KITARAN EKONOMI
Tiang 3: KESEDERHANAAN EKONOMI
Tiang 4: INTEGRITI EKONOMI
Halaman: KETERJAMINAN MAKANAN
Inilah ia Ekonomi Prihatin, Bersih & Stabil : Ekonomi BEST
- Admin PNBEST.my -