6 SEBAB AHLI UMNO KENA UNDI PN
1. SEBAB UMNO SUDAH MENYIMPANG DARI PERJUANGAN ASAL
UMNO sudah gugur daripada perjuangan asalnya untuk membela nasib dan kepentingan orang Melayu. Kini yang tinggal hanyalah perjuangan menyelamatkan pemimpin yang bergelumang dengan kes jenayah.
Tiada lagi perjuangan alif, ba, ta yang menjadi kekuatan UMNO selama ini.
2. SEBAB PENGKHIANATAN PRESIDEN, ZAHID HAMIDI
Tindakan Zahid Hamidi bekerjasama dengan DAP dan mengarahkan ahli parlimen UMNO memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri adalah jelas satu pengkhianatan kepada ahli dan pengundi UMNO.
Zahid sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa termasuk mengkhianati bangsa dan menipu rakyat.
3. SEBAB UMNO LANGGAR PERLEMBAGAAN PARTI DAN KETETAPAN PAU
UMNO kini tidak lagi bergerak sebagai sebuah parti dan pertubuhan yang berperlembagaan. Segala keputusan dan tindakan dibuat mengikut telunjuk Presiden semata.
Ketetapan Perhimpunan Agung UMNO iaitu ‘No Anwar, No DAP’ dilupakan. Ketetapan perlembagaan UMNO untuk mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden juga dilanggar.
4. SEBAB UMNO BERSEKONGKOL DENGAN DAP-PH
DAP tidak pernah meninggalkan agenda Malaysian Malaysia. DAP tidak pernah meninggalkan Deklarasi Setapak. DAP bahkan masih menggelar UMNO sebagai korup dan perasuah.
Di manakah maruah UMNO yang menjadi keramat orang Melayu dahulu sehingga tanpa malu mengarah ahli memberi undi kepada DAP?
5. SEBAB UMNO SUDAH TIDAK MENDAPAT MANDAT RAKYAT, SUDAH HILANG KEKUATAN
BN-UMNO pernah menang 198 kerusi pada PRU-11. Tetapi pada PRU-15 hanya tinggal 30 kerusi.
UMNO sekarang sedang berada pada tahap paling lemah. Barah yang ada sudah sukar dirawat. Lebih malang apabila usaha sesetengah ahli UMNO untuk menambah baik parti akhirnya dicantas dan dibuang tanpa penjelasan.
Percayalah, sukar untuk memulihkan UMNO dari dalam.
6. SEBAB PN LEBIH BERSIH DAN STABIL
Perikatan Nasional hari ini menjadi pilihan baru buat rakyat yang mahukan penyatuan. Perjuangan PN untuk membela kebajikan kaum bumiputera serta bukan Melayu dengan prinsip keadilan telah dibuktikan.
Sukar untuk kita menghentikan kerosakaan kerajaan kakistokrasi jika kita berpecah. Marilah ahli UMNO yang dikhianati, kita beri undi kepada PN-PAS dalam PRN ini.
Zurk Ahmad
Timbalan Pengarah,
Komunikasi dan Penerangan Jabatan Pilihanraya Perikatan Nasional
10 Ogos 2023
Comments